Monday, January 12, 2009

Info Bateri 002 (Maklumat Penting)


Assalamualaikum to all,

Utk kemudahan semua,

1. Check bateri kereta apa utk anda?

http://www.centuryauto.com.my/index.php

2. Benchmark harga bg industri servis bateri

http://www.aam.org.my/news/2008/May/news_bateri.asp

More information follow up with our updates k

Friday, January 9, 2009

Info Bateri 002 (Masalah Bateri ke?)


timing nak mati bila drive bukan disebabkan bateri.... fungsi bateri ni hanya untuk semasa start kenderaan.. bateri akan salurkan caj ke alternator dan alternator lah yang akan memainkan peranan membekalkan kuasa ke sistem enjin. itu sebab alternator kita mesti dlm keadaan baik supaya dapat menyalurkan kuasa yang dicaj dari bateri ke sistem enjin. kalu alternator kong bererti bateri kita pun akan kong sebab alternator x dpt menyimpan kuasa yang diambil dari bateri tersebut sebaliknya akan terus menyedut kuasa bateri sepanjang masa.

kalu sesaper x caya boleh try... hidupkan enjin (biar 10 minit untuk alternator charged) lepas tu cabut terminal bateri. (cabut terminal negative (-) dulu) kalau enjin mati bererti ada masalah pada alternator. enjin x kan mati walaupun terminal bateri dicabut semasa enjin running. hanya aksesori sahaja yg effect semasa terminal dicabut spr jam, radio dll....

so kalu rasa timing nak mati tu berkemungkinan kene tune balik enjin tu.... atau faktor yang lain mcm throttle body rosak atau kotor.... bila throttle body ni rosak atau kotor..enjin akan jerking atau rasa cam nak mati bila drive... mungkin jugak disebabkan pulley sensor yg kotor.... ini semua kene check semasa hantar servis kereta anda... tapi yang pasti bukan disebabkan oleh bateri...

Info Bateri 001

ada beberapa jenis bateri yg perlu kita tahu... antaranya :

1. Wet Charged Battery
2. Dry Charged Battery
3. Dry Battery

Wet charged battery ni ialah bateri yg kebanyakan nya dijual di semua kedai di malaysia ni... x kiralah apa spec bateri tu samada NS atau DIN.. bateri ni memang telah diisi dengan asid dan telah siap di charged dari pembekal cuma kita beli dan pasang kat kereta aje....

Dry charged bateri pulak ialah bateri sel kering yang perlu dibubuh asid dan dicharge selama lebih kurang 8 jam sebelum digunakan. kebanyakan bateri sel kering ni adalah dari golongan jenis DIN seperti DIN55R, DIN63L, DIN45L, DIN88L, DIN74L DIN100 dan byk lagi.... so kebiasanya kereta yang menggunakan bateri jenis ini ialah kereta Eropah.. dan sedikit dari korea.. kereta proton yang guna bateri jenis ini cuma Tiara (DIN55L) dan Gen-2 (DIN55R).

Fungsi bateri basah dan kering nie sama... cuma beza dari AH (Ampere Hour) setiap model bateri tersebut.

Dry Bateri ni pulak jarang digunakan pada kenderaan di Malaysia nie... antara sebabnya MAHAL....... yang membezakan dry bateri ni adalah carbon plate yang terdapat dalam bateri tersebut.....

ketahanan bateri adalah bergantung kepada penggunaan serta penjagaan bateri tersebut... kene selalu jaga air bateri... x de masalah Alternator atau wiring .... jika ada berlaku masalah ini bererti bateri tersebut akan lemah dan rosak.... kepada sesiapa yang pakar tu boleh lah check bateri menggunakan battery tester, multimeter atau hydrometer untuk mengetahui tahap voltage dan kandungan asid didalam bateri.

aku lagi suka guna bateri biasa berbanding dgn maintenance free... sebab bateri biasa ni senang nak check air serta mudah mengenal pasti kerosakan pada sel bateri tersebut....

Penjagaan Bateri

bateri ni banyak jenis... ada spec NS dan ada spec DIN...
biasanya kenderaan jepun guna bateri jenis NS.... mcm NS40, NS60/L, NS70/L.... yang kenderaan continental plak guna bateri spec DIN.. cam DIN45, DIN55L/R, DIN66, DIN88, DIN74 dan byk lagi....

harga bateri kat luar ni berbeza-beza walaupun model yang sama disebabkan plate didalam bateri tersebut... ada yang jual cam NS60 13plate dan ada plak NS60 11plate... itu yang kita nak kene tau.... jgn kene tipu....

bateri ni plak ko x leh letak atau simpan kat atas lantai nanti dia cepat low charge..... kene letak atas papan...

jangka hayat bateri ni biasanya kilang bagi setahun je untuk petrol dan 6 bulan untuk diesel.... tapi kalu kita pandai jaga boleh cecah ke 2 atau 3 tahun.... aku x pernah jumpa lagi bateri yang boleh tahan lebih dari 3 tahun...

penjagaan bateri ni penting... antaranya:
1. pastikan enjin dipanaskan selama 5 minit setiap kali anda menghidupkan enjin untuk memastikan alternator dicaj...
2. jangan pasang air-cond atau radio jika enjin tidak dihidupkan...
3. jangan pasang power-amp yang berlebihan...
4. jangan pasang aksesori yang berlebihan..
5. pastikan air bateri ditambah atau diperiksa setiap sebulan atau 2 bulan sekali...
6. jangan bubuh air bateri yang berlebihan...

pasal ada serbuk putih yang melekat kat terminal tu disebabkan oleh aisd bateri yang keluar... benda ni boleh dihilangkan... cuma anda kene curah air panas pada terminal yang ada serbuk putih tu... nanti dia hilang.. kalu nak taruk gris pun boleh....

bab harga bateri DIN55 tu plak bergantung pada ko lah.. nak beli yang mana... banyak jenama kat pasaran ni.. dan harga dia x banyak beza sangat... cuma nak diingatkan yang harga bateri dah naik lagi 15% ....

Saturday, January 3, 2009

Bateri Automotif (Muqadimah)


Assalamualaikum...

Kepada pengguna - pengguna bijak,


1.Dalam mengharungi ekonomi Negara Malaysia & Dunia yang tidak menentu,
Inflasi (Kenaikan harga secara purata bg barang - barangan) berlaku,

2. Selain Minyak, terapat juga kenaikan harga bagi produk & servis spt Bateri
Kereta, Tayar, Automotive parts etc.

3. Fokus kpd Bateri Automotif, digalakkan kpd pengusaha kt dpt membantu utk mengawal harga agar tidak membebankan..pengguna juga perlulah bijak dalam memilih siapa & kenapa kt mahu membeli produk & servis bateri..

4. Seluruh Ummah harus berkerjasama dalam memngukuhkan ekonomi kt, selain dr kt mempunyai kekuatan kewangan dr Zakat.. yg disyariatkan olh Allah SWT..

5. Terdapat juga usahawan2 muda yg mmpunyai keazaman & usahake arah mengukuhkan ekonomi ummah... disamping membina perniagaan mereka sendiri..

6. Syarikat Perniagaan spt Atecz, Miqal, D'Lecia, MZ dll ...Maklumat spt mereka2 turut trdp di mudah.com.my..

7. Ingat... dalam industri Bateri Automotif, terdapat 2 jenis bateri

I. Basah (Gold Type) : Tahan lama, sukar didapati
II.Kering (Maintenance Free Type) : senang jaga, tahan lama ikut brand & kualitinya (eg Century)

utk maklumat lanjut ... segalanya ttg bateri

SMS / CALL / EMAIL

013 325 9698 Hakim
ma_hakim08@yahoo.com